BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 8, 2011

Kenduri Kendara



Salam..
Memandangkan blog ini sudah setahun tidak di
update, maka banyak lah informasi-informasi yang kita terlepas pandang bersama pengunjung
setia blog Sapangka. Untuk pengetahuan, ada beberapa majlis perkahwinan dan petunangan yan
g belum dikongsi bersama disini. Antara nya ialah :

1) Mei 2010.

Pertunangan Hidayati Mat Aseh
28 Mei 2010



2) Okt 2010

Majlis Perkahwinan Adie ( anak Pakngah)
31 Okt & 7 Nov 2010

-tiada gambar-



3) Feb 2011

Majlis Pertunangan Fara Atikah
26 Feb 2011



3) Mei 2011

Majlis Pertunangan Sara
8 Mei 2011



Majlis Perkahwinan Hidayati
27-28 Mei 2011


Sekian, utk tatapan semua. :)


Dah lama tak update!

Salam warga Sapangka sekalian..


Blog akan diupdate sedikit masa lagi...
Maaf atas sebarang kesulitan..
Admin busy! Hehe.

*Group Sapangka ada kat FB. search : Sapangka Beranang

:)

Sunday, May 2, 2010

Berjaya ke Broga Hills!!

Salam warga Sapangka.

Walaupun kepenatan akibat aktiviti hujung minggu, blog harus di update utk tatapan pembaca budiman. Sebagaimana yang diketahui, warga Sapangka telah mengatur plan utk memanjat Bukit Broga yang terletak di Broga. [maklumat mengenai nya boleh didapati dlm entry sblm ini.] Akhirnya pada tarikh 2 Mei, warga Sapangka yang telah bersetuju sejak awal untuk sama-sama menikmati puncak Bukit Broga, telah berjaya merealisasikan impian masing2..
Memulakan perjalanan jam 6.30 pagi dari Beranang, yang kami anggap awal, rupa-rupanya telah ramai yang mendahului kami kerana keadaan tempat parking di kawasan kebun kelapa sawit telah dipenuhi kereta-kereta lain. Apapun, 4 kereta yang membawa kami telah berjaya di letakkan dengan selamat di kawasan yang telah disediakan. Bayaran RM2 dikenakan bagi setiap kenderaan yang diparking. Perjalanan agak mencabar bagi yang tidak biasa dengan jungle trekking, tetapi kami semua masih bersemangat. Lebih-lebih lagi apabila terlihat kawasan menuju ke puncak yang sangat cantik. Di sini dipaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan. Selebihnya, boleh la mengunjungi page Facebook : Sara Specky . Bagi mereka yang ketinggalan untuk join aktiviti sebegini, boleh lah sentiasa melihat update di blog atau Facebook kerana kemungkinan besar, acara hiking ini akan dijalankan lagi. Kali ini untuk melihat sendri matahari terbit..


Monday, April 19, 2010

Baca Yaasin..

Salam.
Untuk pengetahuan semua warga Sapangka, memandangkan kita semua sudah sepakat untuk membuat aktiviti hiking pada 2 Mei 2010 di Broga nanti, salah seorang warga Sapangka telah mencadangkan supaya diadakan Majlis Bacaan Yaasin pada malam 1 Mei 2010. Memandangkan ramai yang akan berkumpul pada malam itu, adalah lebih baik kalau diadakan bacaan yaasin yang boleh disedekah kan kepada arwah-arwah yang telah meninggalkan kita.. InsyaAllah.. Sebarang pertanyaan, boleh lah disalurkan kepada Pn. Roziah Md Nor (Cik Uji). Majlis akan diadakan di Teratak Nenek, Beranang.

Monday, April 5, 2010

Our Next Activity - BROGA HILL!

Salam semua warga Sapangka yang di kasihi..


Sebagaimana yang kita semua maklum, hajat untuk menjejak kan kaki ke Broga Hill semakin hampir apabila beberapa ahli telah bersetuju untuk sama-sama melakukan ekspedisi memanjat Broga Hill. Di sini, Sapangka ingin memaklum kan kepada yang masih belum mengetahui tentang 'ekspedisi awal pagi' ini, bahawa kebanyakkan ahli telah bersetuju supaya aktiviti ini dijalankan pada 2 Mei 2010 bersamaan hari Ahad. Semua ahli akan berkumpul dan memulakan perjalanan selepas Subuh antara jam 6.00 atau 6.30 pagi. ( lebih awal, lagi bagus!). Sebelum itu, kepada warga Sapangka yang telah balik ke Beranang pada hari sebelumnya iaitu pada 1 Mei 2010, supaya dapat bersama-sama melakukan warm-up ( spt jogging, poco-poco, aerobik, main badminton etc ) pada sebelah petang, ini supaya kita semua lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti memanjat Broga Hill pada awal pagi keesokannya. Jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai. Selipar jepun, korea, siam, india, dan sebagainya, TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Hanya kasut sukan yang berkondisi baik dan selesa sahaja yang dibenarkan. Sila search di internet, jenis-jenis pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti hiking. Sebarang pertanyaan boleh lah diusulkan di grup kita di Facebook. Sekian.


AL-FATIHAH..

Salam.

Diucapkan salam takziah kepada seluruh warga Sapangka di atas pemergian ahli keluarga yang tercinta iatu Puan Fatimah bt Jalin atau lebih dikenali sebagai Makngah di kalangan anak-anak buah nya. Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 5 April 2010 pada jam lebih kurang 3.40 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Jenazah telah selamat disemadikan pada jam 12 tengahari. Semoga ahli keluarga arwah dapat menerima berita ini dengan tenang dan redha diatas kembali nya beliau ke sisi Allah. Al-Fatihah..

Wednesday, March 31, 2010

BBQ yang confirm jadi!

Salam kepada semua warga Sapangka!
Malam BBQ akan di adakan pada :
Tarikh : 3 April 2010
Jam : 8.00 mlm (kepada yang ringan tulang, sila balik awal utk membantu proses penyediaan tmpat membakar dan menghidupkan api.)
Tempat : Teratak Nenek, Beranang.
Kedatangan ahli Sapangka amat di alu-alukan. Malam BBQ ini adalah inisiatif sendiri. TIADA sebarang sponsor dari syarikat-syarikat besar atau individu-individu korporat. Perbelanjaan untuk penyediaan BBQ ini, adalah tanggungjawab bersama. Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran, sila kemukakan kepada SU Sapangka iaitu Cik Uji a.k.a Gee.
Juga akan diadakan majlis menyambut hari ulang tahun Cik Uji a.k.a Gee dan Yati pada malam itu. Sesiapa yang ingin memberikan hadiah, dialu-alukan. (tak yah bagi pun tak pe.. haha. Gurau ok!).
Akhir kata, selamat berBBQ!~
Jumpa di sana.....

Tuesday, February 9, 2010

Jom Sunway Lagoon!!!

Salam.

Perancangan tanpa diduga! Dicadangkan oleh salah seorg ahli Sapangka supaya bersuka ria di Sunway Lagoon memandangkan cuti Tahun Baru Cina yang agak lama. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 15 Februari 2010. Harga tiket untuk masuk ke Theme Park Sunway Lagoon adalah seperti berikut :

5 Parks
Best Value - Save up to 50%
Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park & Scream Park
Adult = (20% off with MyKad) = RM 72.00
Child/Senior Citizen (20% off with MyKad) = RM 56.00
2 Parks
Water Park & Amusement Park
Adult (20% off with MyKad) = RM 48.00
Child/Senior Citizen (20% off with MyKad) = RM36.00

*FREE admission for children below 3 years old AND below 90cm in height.
Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke website Sunway Lagoon di www.sunwaylagoon.com

Apa pun, kita akan cuba dapat kan harga untuk group melalui travel agent. Ini kerana harga melalui agent adalah lebih murah. Kepada yang ingin mengikuti rombongan ini, sila email kan nama-nama peserta ke saraspecky82@hotmail.com atau hubungi saya di Facebook : Sara Specky. Terima Kasih!!


Moh paei Sunway Lagoon!!!


Wednesday, February 3, 2010

BBQ!!~

Salam.
Untuk perhatian, sebahagian dari ahli Sapangka telah bersetuju untuk mengadakan malam BBQ setelah lama tidak ber'bbq'. Chicken wing dan lamb telah dipilih sbg bahan utama. Malam bbq ini dicadangkan diadakan pada 27 Februari 2010. Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran atau persetujuan boleh la merujuk kepada Pn. Roziah Md Nor (Cik Uji). Info akan di update kemudian.

u/p: email mengenai bbq ini telah dihantar kepada ahli-ahli yang telah memberikan alamat email sblm ini. Kepada yang masih belum memberikan kerjasama dengan memberi alamat email, sila lah berbuat demikian, kerana info lebih mudah disebarkan melalui email persendirian. Sekian.


Gambar hiasan.


Tuesday, January 26, 2010

Sapangka @Genting

Salam.

Pada 21hb-23hb Jan yang lepas, beberapa ahli Sapangka telah berkesempatan untuk bersuka ria di Genting Highland, Kota Keriangan. Acara ini telah dihadiri oleh beberapa ahli Sapangka sahaja memandangkan tempat yang terhad dan telah memilih hari biasa untuk ke sana. Sejuta maaf diucapkan kepada yang tidak dapat menyertai. Diharap selepas ini akan ada lagi acara seperti ini untuk seluruh ahli Sapangka. Antara yang menyertai program percutian 3 hari 2 malam ini adalah :

1. Gee Md Nor dan family
2. Emie (suami isteri dan adik-adiknya : Hanie, Angah, Mira dan Fara)
3. Cik Shidah dan keluarga ( Sara, Khairul dan Daniel)

Bertolak pada pagi Khamis jam 11, kami semua berkumpul selepas Tol Sebelah Gombak sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Genting. Cuaca agak baik pada awal perjalanan, bertukar menjadi hujan lebat selepas melalui gerbang pengawal di laluan masuk ke puncak Genting. Kami meneruskan perjalanan tetapi dengan lebih berhati-hati. Akhirnya kami semua selamat sampai ke puncak Genting pada jam 1 tengahari. Kami semua check in di First World Hotel. 5 bilik telah tersedia buat kami. Seterusnya, acara berjalan-jalan di sekitar hotel (dibawah dan sekitar First World Hotel juga dikenali sebagai Indoor Theme Park Genting).. Di sini disertakan beberapa gambar untuk tatapan. Kepada yang berkeinginan untuk ke sana lagi, boleh lah memulakan perbincangan agar acara seperti dapat dilaksanakan sebaik mungkin.



Makan tengahari di KFC.
Bermain bowling selepas makan tengahari.


Bye bye Genting.... !!~